Saturday, January 31, 2009
Masalah Teknikal
Pihak pengurusan blog ingin memohon maaf di atas penutupan sementara kerana terdapatnya sedikit masalah teknikal beberapa bulan yang lalu. Walaubagaimanapun pihak pengurusan ingin memaklumkan bahawa sji87community akan dilebarkan lagi jaringannya didalam group facebook yang kini dalam proses akhir perbincangan antara loose canon, kajang today dan Jack Sparrow. Kepada pelanggan pelanggan sji87community blog akan diemail untuk diinvite ke dalam facebook group sji87 kelak.
Jack Sparrow
Posted by
Jack Sparrow
at
11:19 PM
0
comments
Thursday, September 18, 2008
Wednesday, September 17, 2008
Tuesday, August 26, 2008
Saturday, August 23, 2008
Teh Tarik Session SJI87
Datang Jangan Tak Datang, sekiranya ada perubahan tempat dan tarikh akan diumumkan kemudian. Have a nice day........ Cheers!!!!
Posted by
Jack Sparrow
at
1:11 AM
2
comments
Thursday, August 21, 2008
Teh Tarik Session Bloggers N Non Bloggers SJI87
Satu pertemuan sulit antara bloggers n non bloggers SJI87 akan diadakan next week di sebuah lokasi di Ampang. Antara bloggers yang dijemput hadir ialah bloggers Kajang-today, bloggers SJI87 Community, Ampang-today, Keramat-today, Gombak-today dan Today and Tomorrow serta beberapa orang lagi peminat bloggers Komuniti SJI87. Bloggers Dubai-Today tidak dapat hadir kerana tiket bas ekspress dari Dubai ke Ampang telah habis disebabkan musim cuti sekolah. Tetamu terhormat adalah blogger 'Sukan Malaysia Hilang Meriam' iatu saudara Rizal Hashim yang akan menjadi penaung kepada bloggers bloggers dan peminat blog komuniti SJI87. Jadi sesiapa yang kelapangan di jemput hadir masa dan tarikh akan diberitahu melalui blog kemudian.
Posted by
Jack Sparrow
at
1:19 AM
7
comments
Tuesday, August 12, 2008
Rizal Hashim bakal Menteri Belia Dan Sukan Malaysia?
Melihat ketokohan beliau berbicara adalah tidak mustahil sekiranya di suatu hari nanti mungkin beliau akan menjawat jawatan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia. Sekiranya ini berlaku, saya yakin beliau akan berusaha untuk membangunkan sukan Malaysia dan saya percaya iklim sukan negara akan berubah. Tahniah dari kami Komuniti SJI87 buat RIZAL HASHIM di dalam usahanya untuk melihat pentadbiran, pengurusan dan pembangunan sukan di Malaysia bebas dari korupsi, penyalah gunaan kuasa, birokrasi dan hipokrasi.
Posted by
Jack Sparrow
at
9:42 PM
0
comments
Saturday, July 26, 2008
Konpem Mier dah lepak kat Dubai
.jpg)
BURJ DUBAI bangunan pencakar langit yang dibina dengan teknologi mesir kuno . Kononnya disinilah Mier belajar bahasa arab purba dan kelas memasak di tingkat 70. Menurut akuan bersumpah Mier, kelas tersebut betul betul menghadap kamera Nikon jurugambar ini.
Posted by
Jack Sparrow
at
2:24 AM
0
comments
Friday, June 20, 2008
Thursday, June 5, 2008
Bila nak kena teh tarikn ni.........

Kalau ye pun sabor sabor lerrrrrr.......
Posted by
Jack Sparrow
at
12:13 PM
0
comments
Wednesday, June 4, 2008
Wednesday, April 23, 2008
Fax dari Zaimi Ridzwan

Posted by
Jack Sparrow
at
6:45 PM
1 comments
Benarkah?.........
Desas desus kini melanda Kelab Bolasepak SJI87 apabila pemain penyerang tunggak utamanya Zaimi Ridzwan dikatakan menerima tawaran dari sebuah kelab bolasepak terkemuka Dubai, Dubai Hawk F.C. Sekiranya benar maka Zaimi Ridzwan akan menjadi pemain import pertamanya dalam Liga Sheikh Al Moalla Tournament di Umm Al Quwain Super yang bermula Julai depan.Menurut Pengasas kelab tersebut iatu Syeikh Al Kasra Asrar Haghighi, pernah menyatakan hasratnya suatu masa dahulu untuk mengimport pemain pemain bolasepak dari Malaysia yang berkaliber serta berintegriti bagi mewakili kelabnya DUBAI HAWK F.C., katanya dia tidak lagi menyandarkan harapan kepada para pemain tempatan, menurut satu sumber yang tidak pasti.
PASUKAN DUBAI HAWK F.C. AKAN DISERIKAN LAGI DENGAN KEHADIRAN ZAIMI RIDZWAN.
Posted by
Jack Sparrow
at
3:08 PM
4
comments
Tuesday, April 22, 2008
SJI 87 TEWAS LAGI
Kuala Lumpur - April 19, 2008
Padang Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil
Jam 6 petang pertemuan yang menyaksikan dua pasukan yang belum pernah bertemu apatah lagi bersua muka. Pasukan SJI87 yang membariskan bekas bekas pemain pemain kelas, sekolah, kelab malah pemain yang pernah menyertai liga bolasepak labuan 10 tahun lalu. Daripada 5 perlawanan persahabatan sebelum ini, SJI 87 hanya memenangi dua perlawanan seri sekali dan tewas dua lagi termasuk pasukan dari Jabatan Perdana Menteri.
Peluang untuk menyelamatkan dan mengembalikan maruah berikutan prestasi buruk dalam dua perlawanan yang lalu masih cerah, menurut Setiausaha Sukan pasukan SJI 87 Fazila Fathony. "Kita perlukan masa untuk mengkoordinasi strategi dan kesefahaman antara pemain itu yang penting serta memerlukan kerjasama dari semua individu yang disms sebelum perlawanan" kata pemain pertahanan SJI 87. Antara faktor yang menyumbang kepada merundumnya prestasi buruk ini ialah masalah peribadi kebanyakkan pemain yang mempunyai urusan sendiri yang tidak dapat dielakkan serta kurang latihan persefahaman.
Tetapi pendapat kaptan pasukan SJI87 Harishah pula berbeza, ujar beliau "Kita akan maintain players yang ada sekiranya yang lain tidak muncul walaubagaimanapun pintu pasukan SJI87 sentiasa terbuka untuk semua". Bagi penjaga gol SJI 87 yang berpengalaman 26 tahun sebagai penjaga gol meluahkan pendapatnya, "Kita perlukan jersey yang baru, jadi saya harap dapatlah pihak tertentu untuk mensponsor kerana ketrampilan sedikit sebanyak akan menaikkan semangat SJI87 ketika turnoument" kata Yassin Botak (YB) lagi.
Kali terakhir SJI87 menang ialah 8 bulan yang lalu ketika menjinakkan VI87 ditempat sendiri iatu pertemuan membalas dendam diatas kekalahan SJI87 20 tahun yang lalu di Merdeka Stadium. "Dalam keadaan perlawanan genting seperti ini, tiada pasukan yang boleh dianggap pilihan," kata pemain penyerang SJI87, Ah Chong yang juga gemar mencukur kepalanya Botak.
Walaupun tewas 1-5 kepada ATSA, semangat kesukanan dan kesungguhan yang dipamirkan memang boleh dibanggakan. Kehadiran penonton lebih kurang 20-25 orang termasuk anak-anak kepada players juga sedikit sebanyak memberi perangsang kepada tim SJI87.
Dengan tidak semua pemain utama diturunkan, Malek, Zaimi Ridzwan, Ah Chong dan Shazlan punya banyak pilihan untuk merobek kubu ATSA namun nasib tidak menyebelahi SJI87. Zaki Noordin pertama kali berada dalam kesebelasan utama beraksi cemerlang walaupun cedera di pergelagan tangan dan jari kelingking ."Dia kena pijak pada pergelangan tulang dan masih kesakitan sekarang. Tetapi saya menjangkakan dia boleh beraksi untuk perlawanan akan datang itupun kalau isteri dia izinkan," kata Yassin Botak lagi.
Penulis Bebas
Posted by
Jack Sparrow
at
10:10 AM
2
comments
Monday, September 24, 2007
Surat Terbuka Untuk Rizal Hashim
RIZAL'S THE BEST AGAIN
The Malay Mail sportswriter Rizal Hashim's article titled Tales ofthe Arabian knights has been adjudged the winner of the AFC Asiancup 2007-Sporstwrites Association of Malaysia contest forJuly...............................Weekend Mail, sep 15-16
- 'The KJ factor'/'Brains' score highest - MM sep,10
- 'The game of deception' - MM sep, 11
- 'Royal Advice' - MM sep, 12
- ''When a Sultan speaks' -MM sep, 13
- Exclusive - front cover MM a statement from Sultan Ahmad Shah 'Don't use it to further your interests'- MM sep,14
- Exclusive - Axzuddin's the Sultan's man - MM sep, 23
Posted by
Jack Sparrow
at
11:08 PM
0
comments
Tuesday, August 28, 2007
Penghargaan terhadap komentar penulis sukan Malay Mail saudara Rizal Hashim
Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas kenyataan dan kritikan membina dari pemberita kita yang tersayang, yang saya rasa perlu kita ambil kira demi maruah dan masa depan pasukan bola sepak Komuniti SJI87. Setelah melalui dua perlawanan ujian sebelum ini maka saya merasakan bahawa perlawanan dengan APMM adalah perlawanan yang paling getir yang perlu dilihat dari pelbagai perspektif. Komen saudara saudara forumers telah saya baca sekali imbas (curi curi lepak kat cc ni tgh kerja) dan saya bersependapat dengan komen tuan tuan sekelian. Dari analisa dan Post Mortem saya sendiri terdapat beberapa perkara perlu kita laksanakan demi mempertingkatkan lagi tahap dan kredibiliti pasukan bolasepak komuniti SJI87Disiplin memainkan peranan yang paling penting sebagai asas keteguhan dan kekuatan sesebuah pasukan
2. Persefahaman
Perlu dititik beratkan kepada setiap pemain dan tidak melepaskan sebarang tanggungjawab hanya kepada individu atau pemain pemain tertentu dan kesemua pemain perlu mempunyai sikap esprit decorp iatu semangat berpasukan dan kerjasama yang tinggi.
3. Latihan
Perlu juga meningkatkan latihan dari masa kesemasa bergantung kepada masa serta keadaan.
4. Imej
Imej SJI87 perlu diperkemaskan lagi sebagai contoh sekiranya perlu,kita mempunyai jersey yang berkonsepkan komuniti SJI87 agar ketrampilan menjadi pendorong kepada semangat untuk bersukan.
5. Susun Atur
Penyusunan semula strategi, taktikal dan posisi yang sesuai dengan pemain.
Ini hanyalah sesuatu yang disimpulkan dari perspektif saya sendiri,walau apa pun saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada semua pemain pemain yang telah berusaha sedaya upaya mereka dan teristimewa buat pemberita kita yang begitu pro aktif untuk menaikkan imej KOMUNITI SJI87.
Sekian Wasalam
Posted by
Jack Sparrow
at
3:14 AM
0
comments
Monday, August 27, 2007
Komentar...........

Oleh pemberita kita
JAM sudah menunjukkan hampir-hampir 5.00 petang. Seperti biasa, kelibat yang ada beberapa kerat saja.Tuan moderator, Yassin, timbalannya Harishah, dua aktivis bolasepak negara, AhChong dan Fazila, disusuli Rizal dan kemudiannya Shazlan, entah kenapa lebih dikenali dengan nama penanya, Gopal. Mujur ketika itu pengadil pun tunggu cukup kuorum. Lawan kita pun belum nampak batang hidung lagi.Yassin melaungkan keyakinan."Kita toksah adopt a defeatist attitude.
Kita jangan mengalah sebelum berjuang. Ingat, diaorang pun macam kita, yang paling tua 42tahun," katanya cukup lancar dan membayangkan dirinya Norizan Bakar. Tuan moderator kita rupa-rupanya lupa menyebut beberapa aspek lain mengenai Agensi Penguatkuasaan Maritim Jabatan Perdana Menteri. Umpamanya, tahap kecergasan mereka. Iyalah, sebagai anggota sebuah agensi penguatkuasaan, sudah tentu mereka menjalani latihan keras bagi mengekalkan kecergasan. Pagi-pagi mereka pumping, berbanding ahli kelab bola sepak Komuniti SJI87 yang kebanyakannya "pam" lain. Kick-off bermula 5.55ptg, selepas sesi bergambar. Kononnya bakal keluar Harian Metro. SJI87 tampil bergaya, ngam-ngam dengan 11 orang. Mengawal gawang ialah tuan moderator kita, Yassin, bekas penjaga gol SRK St John 2 yang membocorkan empat gol ketika mereka tewas kepada SRK Gurney hampir-hampir 30 tahun lalu. Izam di bek kanan, Fazila dan Muin di tengah, manakala senior kitaZaf (SJI86) di penjuru kiri melengkapkan a flat back-four ala Liverpool 80-an.
Harishah bertindak di posisi Makelele selaku midfield organiser dengan ditemani Aznul Hamzah Abu Bakar (SJI86), bekas bek kiri SJI85-86, sebagai penggerak yang membekalkan peluru kepada Nizam atauTwiki, manakala Miere, Gopal dan Ah Chong ditugaskan memberi sokongan bertubi-tubi kepada Twiki. Rizal yang bersara 25 tahun lalu, sekadar buat apa yang dia tahu –bercakap dari luar padang. JB (SJI86), Azroy, adik kepada Aznul, Edward dan Ahmad Taft yang didatangkan khas dari Bangi, memastikan falsafah rolling substitution dapat dilaksanakan. Malang sekali bagi kita, APMJPM mengambil serius perlawanan yang diadakan di Padang C di Majlis Sukan Negara itu. Sedangkan budak-budak kita warm up dengan menghisap rokok dan bersenam mulut,maklumlah lama tak jumpa.Belum pun sempat Yassin meramas dan mengenal bola dengan lebihdekat, gawang SJI87 bocor 1, 2, 3, 4…oh ini tidak boleh jadi…APMJPM nampaknya tidak ada simpati terhadap kumpulan SJI87 yangterlupa nak stretching sebelum game.Entah selepas berapa kali bola di kutip daripada gawang Yassin, SJI87 merapatkan kedudukan. Ini berpunca daripada satu hantaran lintang dari sudut kiri yang hampir-hampir disambar Miere akhirnya terkena tangan defender APMJPM –PENALTI!Twiki, yang kini berjambang macam Ustaz, tidak mensia-siakan peluang.SJI87 melangkah keluar untuk waktu rehat dengan ketinggalan 9-1."Kita main squash ke apa ni," keluh seorang pemain SJI87 sambil mengesat peluh-peluh jantan.
Ibarat Henry yang lazimnya tenang menjaringkan gol apabola berdepan situasi satu dengan satu, Twiki juga apa kurangnya. Adik kepada pelari terkenal Ahmad Nazri itu tenang menyempurnakan jaringan keduanya. Namun APMJPM dianugerah penalti apabila Miere mistimed his tackle pada lewat permainan, menjadikan kesudahannya .SJI87 tewas 10-2. Biarpun Yassin cuba membuat helah and menyogok Pemberita Kita supaya mengubah scoreline, itu sudah di luar batas-batas etika kewartawanan.
Posted by
Jack Sparrow
at
10:10 PM
0
comments
APMM VS CCSJI87
Third Warm Up Match......













