Tuesday, August 26, 2008

Saturday, August 23, 2008

Teh Tarik Session SJI87

Datang Jangan Tak Datang, sekiranya ada perubahan tempat dan tarikh akan diumumkan kemudian. Have a nice day........ Cheers!!!!

Thursday, August 21, 2008

Teh Tarik Session Bloggers N Non Bloggers SJI87

Satu pertemuan sulit antara bloggers n non bloggers SJI87 akan diadakan next week di sebuah lokasi di Ampang. Antara bloggers yang dijemput hadir ialah bloggers Kajang-today, bloggers SJI87 Community, Ampang-today, Keramat-today, Gombak-today dan Today and Tomorrow serta beberapa orang lagi peminat bloggers Komuniti SJI87. Bloggers Dubai-Today tidak dapat hadir kerana tiket bas ekspress dari Dubai ke Ampang telah habis disebabkan musim cuti sekolah. Tetamu terhormat adalah blogger 'Sukan Malaysia Hilang Meriam' iatu saudara Rizal Hashim yang akan menjadi penaung kepada bloggers bloggers dan peminat blog komuniti SJI87. Jadi sesiapa yang kelapangan di jemput hadir masa dan tarikh akan diberitahu melalui blog kemudian.

Tuesday, August 12, 2008

Rizal Hashim bakal Menteri Belia Dan Sukan Malaysia?



Kagum dengan intelektual seorang sahabat yang jitu dengan pandangan yang bernas, pandangan positifnya dalam pembangunan sukan negara, seseorang yang mempunyai perspektif maklumat yang luas bukan sahaja di dalam negara malah juga di luar negara. Rizal hashim atau lebih sinonim dengan panggilan rizal atau Zal memang terkenal dengan gaya rambutnya ala ala servis 'S' muncul di kaca tv RTM 1 beberapa hari yang lalu. Walaupun tidak berkesempatan untuk menonton rancangan tersebut tapi saya yakin ulasan dan pandangan beliau terhadap pembangunan sukan negara menyentuh beberapa isu yang selama ini sering menjadi topik perbualan masyarakat umum. Secara peribadi saya memang bersetuju dan menyokong penuh subjek yang divokalkan kepada pengetahuan rakyat Malaysia.



Melihat ketokohan beliau berbicara adalah tidak mustahil sekiranya di suatu hari nanti mungkin beliau akan menjawat jawatan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia. Sekiranya ini berlaku, saya yakin beliau akan berusaha untuk membangunkan sukan Malaysia dan saya percaya iklim sukan negara akan berubah. Tahniah dari kami Komuniti SJI87 buat RIZAL HASHIM di dalam usahanya untuk melihat pentadbiran, pengurusan dan pembangunan sukan di Malaysia bebas dari korupsi, penyalah gunaan kuasa, birokrasi dan hipokrasi.

Saturday, July 26, 2008

Konpem Mier dah lepak kat Dubai


Mier dengan wajah yang ceria cuba untuk melemparkan senyuman yang ala kadar, sedang berposing di sebatang pokok kurma di sebuah lokasi rahsia di Dubai. Dibelakang Mier ialah sebuah kereta pacuan 4 roda yang diparking beberapa kaki dari Mier. Menurut cerita orang orang tua tua badwi ortodoks yang menetap di tingkat 5 apartment kat belakang tu, kereta pacuan 4 roda itu adalah sebenarnya 2 ekor keldai yang disumpah kerana bermain bola ketika azan magrib. BURJ DUBAI bangunan pencakar langit yang dibina dengan teknologi mesir kuno . Kononnya disinilah Mier belajar bahasa arab purba dan kelas memasak di tingkat 70. Menurut akuan bersumpah Mier, kelas tersebut betul betul menghadap kamera Nikon jurugambar ini.

Memory 2007







APMM VS CCSJI87

APMM VS CCSJI87
Third Warm Up Match......