Thursday, June 5, 2008

Bila nak kena teh tarikn ni.........

Kalau ye pun sabor sabor lerrrrrr.......





Wednesday, June 4, 2008

Wednesday, April 23, 2008

Fax dari Zaimi Ridzwan

Belum pun wartawan haprak SJI87 COMMUNITY BLOGSPOT mendapatkan jawapan dan komen daripada Setiausaha dan kaptan serta rakan rakan tim SJI87, wartawan telah dikejutkan dengan sekeping fax yang diterima daripada ZAIMI RIDZWAN pada petang tadi, memberikan penjelasan tentang senario yang sebenar perpindahannya ke DUBAI. Berikut dipaparkan kenyataan fax tersebut.

Walaubagaimanapun wartawan akan menemuramah beberapa orang pemain SJI87 untuk mendapatkan komen mereka. Ikutilah laporan wartawan haprak seterusnya.

Benarkah?.........

ZAIMI RIDZWAN BAKAL BERHIJRAH KE DUBAI HAWK F.C. ?

Desas desus kini melanda Kelab Bolasepak SJI87 apabila pemain penyerang tunggak utamanya Zaimi Ridzwan dikatakan menerima tawaran dari sebuah kelab bolasepak terkemuka Dubai, Dubai Hawk F.C. Sekiranya benar maka Zaimi Ridzwan akan menjadi pemain import pertamanya dalam Liga Sheikh Al Moalla Tournament di Umm Al Quwain Super yang bermula Julai depan.

Menurut dari berita yang tidak rasmi, ejen-ejen perisikan Kelab Bolasepak terkemuka UAE itu telah sekian lama berada di Malaysia untuk mencari pemain pemain yang berbakat untuk menguatkan jentera serangan mereka dengan berusaha mendapatkan khidmat Zaimi Ridzwan penyerang SJI 87 yang telah menyumbangkan beberapa gol untuk pasukan SJI 87 dalam perlawanan perlawanan yang lalu. Belum dapat dipastikan lagi sehingga kini kebenaran gosip panas Zaimi Ridzwan telah dilamar oleh Dubai Hawk F.C.

Menurut Pengasas kelab tersebut iatu Syeikh Al Kasra Asrar Haghighi, pernah menyatakan hasratnya suatu masa dahulu untuk mengimport pemain pemain bolasepak dari Malaysia yang berkaliber serta berintegriti bagi mewakili kelabnya DUBAI HAWK F.C., katanya dia tidak lagi menyandarkan harapan kepada para pemain tempatan, menurut satu sumber yang tidak pasti.

Wartawan SJI87 COMMUNITY BLOGSPOT telah berusaha untuk menghubungi Setiausaha Sukan kelab SJI87 Encik Fazila Fathony dipejabatnya beberapa hari lalu namun beliau gagal dihubungi kerana sedang menghabiskan sisa sisa cuti dirumah dengan mencuci keretanya sepanjang hari dan tidak mahu diganggu. Walaubagaimanapun wartawan akan tetap berusaha untuk mendapatkan komen tentang gosip panas yang melanda Kelab Bolasepak SJI87.


PASUKAN DUBAI HAWK F.C. AKAN DISERIKAN LAGI DENGAN KEHADIRAN ZAIMI RIDZWAN.

Tuesday, April 22, 2008

SJI87 Teh Tarik Session

SJI87 TEH TARIK SESSION APR '08

SJI 87 TEWAS LAGI

Kuala Lumpur - April 19, 2008

Padang Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil

Jam 6 petang pertemuan yang menyaksikan dua pasukan yang belum pernah bertemu apatah lagi bersua muka. Pasukan SJI87 yang membariskan bekas bekas pemain pemain kelas, sekolah, kelab malah pemain yang pernah menyertai liga bolasepak labuan 10 tahun lalu. Daripada 5 perlawanan persahabatan sebelum ini, SJI 87 hanya memenangi dua perlawanan seri sekali dan tewas dua lagi termasuk pasukan dari Jabatan Perdana Menteri.

Peluang untuk menyelamatkan dan mengembalikan maruah berikutan prestasi buruk dalam dua perlawanan yang lalu masih cerah, menurut Setiausaha Sukan pasukan SJI 87 Fazila Fathony. "Kita perlukan masa untuk mengkoordinasi strategi dan kesefahaman antara pemain itu yang penting serta memerlukan kerjasama dari semua individu yang disms sebelum perlawanan" kata pemain pertahanan SJI 87. Antara faktor yang menyumbang kepada merundumnya prestasi buruk ini ialah masalah peribadi kebanyakkan pemain yang mempunyai urusan sendiri yang tidak dapat dielakkan serta kurang latihan persefahaman.

Tetapi pendapat kaptan pasukan SJI87 Harishah pula berbeza, ujar beliau "Kita akan maintain players yang ada sekiranya yang lain tidak muncul walaubagaimanapun pintu pasukan SJI87 sentiasa terbuka untuk semua". Bagi penjaga gol SJI 87 yang berpengalaman 26 tahun sebagai penjaga gol meluahkan pendapatnya, "Kita perlukan jersey yang baru, jadi saya harap dapatlah pihak tertentu untuk mensponsor kerana ketrampilan sedikit sebanyak akan menaikkan semangat SJI87 ketika turnoument" kata Yassin Botak (YB) lagi.

Kali terakhir SJI87 menang ialah 8 bulan yang lalu ketika menjinakkan VI87 ditempat sendiri iatu pertemuan membalas dendam diatas kekalahan SJI87 20 tahun yang lalu di Merdeka Stadium. "Dalam keadaan perlawanan genting seperti ini, tiada pasukan yang boleh dianggap pilihan," kata pemain penyerang SJI87, Ah Chong yang juga gemar mencukur kepalanya Botak.

Walaupun tewas 1-5 kepada ATSA, semangat kesukanan dan kesungguhan yang dipamirkan memang boleh dibanggakan. Kehadiran penonton lebih kurang 20-25 orang termasuk anak-anak kepada players juga sedikit sebanyak memberi perangsang kepada tim SJI87.

Dengan tidak semua pemain utama diturunkan, Malek, Zaimi Ridzwan, Ah Chong dan Shazlan punya banyak pilihan untuk merobek kubu ATSA namun nasib tidak menyebelahi SJI87. Zaki Noordin pertama kali berada dalam kesebelasan utama beraksi cemerlang walaupun cedera di pergelagan tangan dan jari kelingking ."Dia kena pijak pada pergelangan tulang dan masih kesakitan sekarang. Tetapi saya menjangkakan dia boleh beraksi untuk perlawanan akan datang itupun kalau isteri dia izinkan," kata Yassin Botak lagi.


Penulis Bebas

Monday, September 24, 2007

Surat Terbuka Untuk Rizal Hashim

RIZAL'S THE BEST AGAIN

The Malay Mail sportswriter Rizal Hashim's article titled Tales ofthe Arabian knights has been adjudged the winner of the AFC Asiancup 2007-Sporstwrites Association of Malaysia contest forJuly...............................Weekend Mail, sep 15-16



Saudara Rizal Hashim,
Untuk pertama kalinya, saya ingin mengucapkan tahniah di atas pemilihan saudara sebagai penulis sukan terbaik bagi bulan Julai, anjuran Persatuan Bolasepak Asia (AFC) rujuk akhbar Malay Mail bertarikh Sep, 15-16 halaman 60 ruangan sukan. Difahamkan AFC telah menganjurkan pertandingan ini dengan kerjasama SAM (PersatuanPenulis Sukan Malaysia) untuk mempromosi kejohanan terbesar bolasepak Asia baru baru ini.Memang tepat pada waktunya penghargaan yang amat bermakna lagi berprestij ini selayaknya menjadi anugerah yang berharga kepada seorang penulis sukan yang begitu gigih, pro aktif, prihatin dan melihat perkembangan bolasepak negara sebagai imej, maruah, pengorbanan dan perjuangan yang perlu dipertahankan apatah lagi memerlukan revolusi pembaharuan dari segenap sudut secara total walaupun di akhir dekad ini prestasi bolasepak negara tidaklah begitu memberangsangkan. Daripada analisa saya terhadap kronologi artikel saudara, bermula dari 'Open letter To Sathianathan' ?Malay Mail Sep, 4 Halaman 40 ruangan sukan, calon dan muka baru didalam kabinet FAM, temuramah eksklusif dengan Presiden FAM Sultan Ahmad Shah serta spekulasi artikel saudara tentang siapakah individu yang disebut sebut bakal memegang jawatan tersebut iatu jawatan Setiausaha Agong FAM.
Rentetan episod ini, telah mencuri tumpuan saya apabila pendedahan saudara tentang isu dalaman FAM apabila pemilihan calon untuk jawatan Timbalan Presiden serta jawatan jawatan yang dipertandingkan seolah olah ujud 'conflict of interest' dikalangan individu tertentu didalam kabinet FAM. Ini telah didedahkan sendiri oleh Presiden FAM Sultan Ahmad Shah seorang veteran didalam FAM setelah selama 23 tahun memegang jawatan presiden sudah tentunya lebih matang dan masak dalam menilai keperibadian individu bakal kabinet FAM. Pemerhatian saya terhadap kronologi penulisan saudara kepada isu konflik dalaman yang tercetak di ruangan sukan Malay Mail seperti
  • 'The KJ factor'/'Brains' score highest - MM sep,10
  • 'The game of deception' - MM sep, 11
  • 'Royal Advice' - MM sep, 12
  • ''When a Sultan speaks' -MM sep, 13
  • Exclusive - front cover MM a statement from Sultan Ahmad Shah 'Don't use it to further your interests'- MM sep,14
  • Exclusive - Axzuddin's the Sultan's man - MM sep, 23
Rantaian artikel eksklusif ini mendedahkan secara tidak langsung individu tertentu yang diberi peringatan atau didalam erti kata lain 'amaran' oleh Sultan Ahmad Shah kepada segolongan yang 'bercita-cita' mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi mereka didalam FAM. Apakah faktor faktor kepentingan peribadi ini menjadi penyebab kemorosatan prestasi bolasepak negara sedekad ini? Sekiranya dilihat dari pendedahan eksklusif saudara, pada pandangan saya ianya juga adalah isu yang telah menjadi budaya di dalam pengurusan FAM. Apakah tradisi ini akan terus menjadi keseinambungan didalam FAM? Justeru itu peranan yang paling besar ialah menstrukturkan kembalI organisasi organisasi dalaman FAM kepada pengurusan yang lebih efisien dan pro aktif, serta yang paling utama adalah disiplin dan inisiatif oleh penjawat penjawat penting dalam menjanakan jentera jentara dan elemen elemen di dalam pentadbiran FAM. Maka individu yang secocok dalam menjanakan jentera organisasi ini ialah Lt Jen (B) Azzuddin seorang bekas Pengarah Perisikan Angkatan Tentera Malaysia. Saya amat percaya dan yakin akan kebolehan beliau kerana sebagai bekas anggota tentera yang pernah berkhidmat didalam Cawangan Siasatan Khas Tentera Laut Diraja Malaysia melihat perlantikan ini sebagai satu perkembangan yang positif terhadap perkembangan bolasepak negara. Sebagai seorang bekas Pengarah Perisikan sudah tentunya beliau berpengalaman dalam teknik peperangan saraf, mahir dalam mengkaji keadaan dan situasi kritikal, 'A decision maker', mahir dalam 'mind over mind counter intelligence/nt' dan sebagainya sudah pasti ianya dapat diaplikasikan dan diadaptasikan kepada keadaan dan suasana di dalam pentadbiran FAM nanti. Di atas latarbelakang dan pengalaman yang amat berharga ini beliau menjadi individu pilihan Presiden Sultan Ahmad Shah dan saya percaya beliau adalah orang kanan yang paling dipercayai oleh Sultan Ahmad Shah.
Saudara,
Melihat dari satu perspektif kepada penulisan saudara, saya dapati saudara begitu komit terhadap perkembangan bolasepak negara yang begitu merundum sejak sedekad yang lalu. Siapakah yang harusdi pertanggungjawabkan terhadap kemerosotan prestasi bolasepak negara? 'Siasatan dalaman' saudara ini mengupas secara tidak langsung masalah 'conflict of interest' yang dipercayai mungkin berlaku dan ujud didalam organisasi FAM. Oleh itu 'kertas siasatan' saudara sedikit sebanyak membuka mata dan minda rakyat Malaysia umumnya yang prihatin dan pastinya ingin melihat kembali imej bolasepak negara kembali gemilang seperti zaman Allahyarham Moktar Dahari, Datuk Soh Chin Aun dan sebagainya yang menjadikan nama Malaysia terukir dibibir setiap peminat bolasepak di Asia malah didunia ini mungkin suatu ketika nanti. Justeru, sebagai seorang Pengerusi Komuniti SJI87 dengan sukacitanya serta merasa amat berbangga kepada seorang rakan yang sama sama pernah menjadi penuntut ST JOHN INSTITIUTION KUALA LUMPUR, ingin merakamkan setinggi tinggi penghargaan buat saudara RIZAL HASHIM. Diharapkan dengan pemilihan ini, saudara akan mengorak langkah dengan lebih jaoh lagi didalam bidang penulisan saudara terutamanya di dalam menaikkan imej bolasepak negara.
Pengerusi

APMM VS CCSJI87

APMM VS CCSJI87
Third Warm Up Match......