
Oleh pemberita kita
JAM sudah menunjukkan hampir-hampir 5.00 petang. Seperti biasa, kelibat yang ada beberapa kerat saja.Tuan moderator, Yassin, timbalannya Harishah, dua aktivis bolasepak negara, AhChong dan Fazila, disusuli Rizal dan kemudiannya Shazlan, entah kenapa lebih dikenali dengan nama penanya, Gopal. Mujur ketika itu pengadil pun tunggu cukup kuorum. Lawan kita pun belum nampak batang hidung lagi.Yassin melaungkan keyakinan."Kita toksah adopt a defeatist attitude.
Kita jangan mengalah sebelum berjuang. Ingat, diaorang pun macam kita, yang paling tua 42tahun," katanya cukup lancar dan membayangkan dirinya Norizan Bakar. Tuan moderator kita rupa-rupanya lupa menyebut beberapa aspek lain mengenai Agensi Penguatkuasaan Maritim Jabatan Perdana Menteri. Umpamanya, tahap kecergasan mereka. Iyalah, sebagai anggota sebuah agensi penguatkuasaan, sudah tentu mereka menjalani latihan keras bagi mengekalkan kecergasan. Pagi-pagi mereka pumping, berbanding ahli kelab bola sepak Komuniti SJI87 yang kebanyakannya "pam" lain. Kick-off bermula 5.55ptg, selepas sesi bergambar. Kononnya bakal keluar Harian Metro. SJI87 tampil bergaya, ngam-ngam dengan 11 orang. Mengawal gawang ialah tuan moderator kita, Yassin, bekas penjaga gol SRK St John 2 yang membocorkan empat gol ketika mereka tewas kepada SRK Gurney hampir-hampir 30 tahun lalu. Izam di bek kanan, Fazila dan Muin di tengah, manakala senior kitaZaf (SJI86) di penjuru kiri melengkapkan a flat back-four ala Liverpool 80-an.
Harishah bertindak di posisi Makelele selaku midfield organiser dengan ditemani Aznul Hamzah Abu Bakar (SJI86), bekas bek kiri SJI85-86, sebagai penggerak yang membekalkan peluru kepada Nizam atauTwiki, manakala Miere, Gopal dan Ah Chong ditugaskan memberi sokongan bertubi-tubi kepada Twiki. Rizal yang bersara 25 tahun lalu, sekadar buat apa yang dia tahu –bercakap dari luar padang. JB (SJI86), Azroy, adik kepada Aznul, Edward dan Ahmad Taft yang didatangkan khas dari Bangi, memastikan falsafah rolling substitution dapat dilaksanakan. Malang sekali bagi kita, APMJPM mengambil serius perlawanan yang diadakan di Padang C di Majlis Sukan Negara itu. Sedangkan budak-budak kita warm up dengan menghisap rokok dan bersenam mulut,maklumlah lama tak jumpa.Belum pun sempat Yassin meramas dan mengenal bola dengan lebihdekat, gawang SJI87 bocor 1, 2, 3, 4…oh ini tidak boleh jadi…APMJPM nampaknya tidak ada simpati terhadap kumpulan SJI87 yangterlupa nak stretching sebelum game.Entah selepas berapa kali bola di kutip daripada gawang Yassin, SJI87 merapatkan kedudukan. Ini berpunca daripada satu hantaran lintang dari sudut kiri yang hampir-hampir disambar Miere akhirnya terkena tangan defender APMJPM –PENALTI!Twiki, yang kini berjambang macam Ustaz, tidak mensia-siakan peluang.SJI87 melangkah keluar untuk waktu rehat dengan ketinggalan 9-1."Kita main squash ke apa ni," keluh seorang pemain SJI87 sambil mengesat peluh-peluh jantan.
