Tuesday, August 12, 2008

Rizal Hashim bakal Menteri Belia Dan Sukan Malaysia?



Kagum dengan intelektual seorang sahabat yang jitu dengan pandangan yang bernas, pandangan positifnya dalam pembangunan sukan negara, seseorang yang mempunyai perspektif maklumat yang luas bukan sahaja di dalam negara malah juga di luar negara. Rizal hashim atau lebih sinonim dengan panggilan rizal atau Zal memang terkenal dengan gaya rambutnya ala ala servis 'S' muncul di kaca tv RTM 1 beberapa hari yang lalu. Walaupun tidak berkesempatan untuk menonton rancangan tersebut tapi saya yakin ulasan dan pandangan beliau terhadap pembangunan sukan negara menyentuh beberapa isu yang selama ini sering menjadi topik perbualan masyarakat umum. Secara peribadi saya memang bersetuju dan menyokong penuh subjek yang divokalkan kepada pengetahuan rakyat Malaysia.



Melihat ketokohan beliau berbicara adalah tidak mustahil sekiranya di suatu hari nanti mungkin beliau akan menjawat jawatan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia. Sekiranya ini berlaku, saya yakin beliau akan berusaha untuk membangunkan sukan Malaysia dan saya percaya iklim sukan negara akan berubah. Tahniah dari kami Komuniti SJI87 buat RIZAL HASHIM di dalam usahanya untuk melihat pentadbiran, pengurusan dan pembangunan sukan di Malaysia bebas dari korupsi, penyalah gunaan kuasa, birokrasi dan hipokrasi.

APMM VS CCSJI87

APMM VS CCSJI87
Third Warm Up Match......