Mier dengan wajah yang ceria cuba untuk melemparkan senyuman yang ala kadar, sedang berposing di sebatang pokok kurma di sebuah lokasi rahsia di Dubai. Dibelakang Mier ialah sebuah kereta pacuan 4 roda yang diparking beberapa kaki dari Mier. Menurut cerita orang orang tua tua badwi ortodoks yang menetap di tingkat 5 apartment kat belakang tu, kereta pacuan 4 roda itu adalah sebenarnya 2 ekor keldai yang disumpah kerana bermain bola ketika azan magrib.
BURJ DUBAI bangunan pencakar langit yang dibina dengan teknologi mesir kuno . Kononnya disinilah Mier belajar bahasa arab purba dan kelas memasak di tingkat 70. Menurut akuan bersumpah Mier, kelas tersebut betul betul menghadap kamera Nikon jurugambar ini.
