Monday, September 24, 2007

Surat Terbuka Untuk Rizal Hashim

RIZAL'S THE BEST AGAIN

The Malay Mail sportswriter Rizal Hashim's article titled Tales ofthe Arabian knights has been adjudged the winner of the AFC Asiancup 2007-Sporstwrites Association of Malaysia contest forJuly...............................Weekend Mail, sep 15-16



Saudara Rizal Hashim,
Untuk pertama kalinya, saya ingin mengucapkan tahniah di atas pemilihan saudara sebagai penulis sukan terbaik bagi bulan Julai, anjuran Persatuan Bolasepak Asia (AFC) rujuk akhbar Malay Mail bertarikh Sep, 15-16 halaman 60 ruangan sukan. Difahamkan AFC telah menganjurkan pertandingan ini dengan kerjasama SAM (PersatuanPenulis Sukan Malaysia) untuk mempromosi kejohanan terbesar bolasepak Asia baru baru ini.Memang tepat pada waktunya penghargaan yang amat bermakna lagi berprestij ini selayaknya menjadi anugerah yang berharga kepada seorang penulis sukan yang begitu gigih, pro aktif, prihatin dan melihat perkembangan bolasepak negara sebagai imej, maruah, pengorbanan dan perjuangan yang perlu dipertahankan apatah lagi memerlukan revolusi pembaharuan dari segenap sudut secara total walaupun di akhir dekad ini prestasi bolasepak negara tidaklah begitu memberangsangkan. Daripada analisa saya terhadap kronologi artikel saudara, bermula dari 'Open letter To Sathianathan' ?Malay Mail Sep, 4 Halaman 40 ruangan sukan, calon dan muka baru didalam kabinet FAM, temuramah eksklusif dengan Presiden FAM Sultan Ahmad Shah serta spekulasi artikel saudara tentang siapakah individu yang disebut sebut bakal memegang jawatan tersebut iatu jawatan Setiausaha Agong FAM.
Rentetan episod ini, telah mencuri tumpuan saya apabila pendedahan saudara tentang isu dalaman FAM apabila pemilihan calon untuk jawatan Timbalan Presiden serta jawatan jawatan yang dipertandingkan seolah olah ujud 'conflict of interest' dikalangan individu tertentu didalam kabinet FAM. Ini telah didedahkan sendiri oleh Presiden FAM Sultan Ahmad Shah seorang veteran didalam FAM setelah selama 23 tahun memegang jawatan presiden sudah tentunya lebih matang dan masak dalam menilai keperibadian individu bakal kabinet FAM. Pemerhatian saya terhadap kronologi penulisan saudara kepada isu konflik dalaman yang tercetak di ruangan sukan Malay Mail seperti
  • 'The KJ factor'/'Brains' score highest - MM sep,10
  • 'The game of deception' - MM sep, 11
  • 'Royal Advice' - MM sep, 12
  • ''When a Sultan speaks' -MM sep, 13
  • Exclusive - front cover MM a statement from Sultan Ahmad Shah 'Don't use it to further your interests'- MM sep,14
  • Exclusive - Axzuddin's the Sultan's man - MM sep, 23
Rantaian artikel eksklusif ini mendedahkan secara tidak langsung individu tertentu yang diberi peringatan atau didalam erti kata lain 'amaran' oleh Sultan Ahmad Shah kepada segolongan yang 'bercita-cita' mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi mereka didalam FAM. Apakah faktor faktor kepentingan peribadi ini menjadi penyebab kemorosatan prestasi bolasepak negara sedekad ini? Sekiranya dilihat dari pendedahan eksklusif saudara, pada pandangan saya ianya juga adalah isu yang telah menjadi budaya di dalam pengurusan FAM. Apakah tradisi ini akan terus menjadi keseinambungan didalam FAM? Justeru itu peranan yang paling besar ialah menstrukturkan kembalI organisasi organisasi dalaman FAM kepada pengurusan yang lebih efisien dan pro aktif, serta yang paling utama adalah disiplin dan inisiatif oleh penjawat penjawat penting dalam menjanakan jentera jentara dan elemen elemen di dalam pentadbiran FAM. Maka individu yang secocok dalam menjanakan jentera organisasi ini ialah Lt Jen (B) Azzuddin seorang bekas Pengarah Perisikan Angkatan Tentera Malaysia. Saya amat percaya dan yakin akan kebolehan beliau kerana sebagai bekas anggota tentera yang pernah berkhidmat didalam Cawangan Siasatan Khas Tentera Laut Diraja Malaysia melihat perlantikan ini sebagai satu perkembangan yang positif terhadap perkembangan bolasepak negara. Sebagai seorang bekas Pengarah Perisikan sudah tentunya beliau berpengalaman dalam teknik peperangan saraf, mahir dalam mengkaji keadaan dan situasi kritikal, 'A decision maker', mahir dalam 'mind over mind counter intelligence/nt' dan sebagainya sudah pasti ianya dapat diaplikasikan dan diadaptasikan kepada keadaan dan suasana di dalam pentadbiran FAM nanti. Di atas latarbelakang dan pengalaman yang amat berharga ini beliau menjadi individu pilihan Presiden Sultan Ahmad Shah dan saya percaya beliau adalah orang kanan yang paling dipercayai oleh Sultan Ahmad Shah.
Saudara,
Melihat dari satu perspektif kepada penulisan saudara, saya dapati saudara begitu komit terhadap perkembangan bolasepak negara yang begitu merundum sejak sedekad yang lalu. Siapakah yang harusdi pertanggungjawabkan terhadap kemerosotan prestasi bolasepak negara? 'Siasatan dalaman' saudara ini mengupas secara tidak langsung masalah 'conflict of interest' yang dipercayai mungkin berlaku dan ujud didalam organisasi FAM. Oleh itu 'kertas siasatan' saudara sedikit sebanyak membuka mata dan minda rakyat Malaysia umumnya yang prihatin dan pastinya ingin melihat kembali imej bolasepak negara kembali gemilang seperti zaman Allahyarham Moktar Dahari, Datuk Soh Chin Aun dan sebagainya yang menjadikan nama Malaysia terukir dibibir setiap peminat bolasepak di Asia malah didunia ini mungkin suatu ketika nanti. Justeru, sebagai seorang Pengerusi Komuniti SJI87 dengan sukacitanya serta merasa amat berbangga kepada seorang rakan yang sama sama pernah menjadi penuntut ST JOHN INSTITIUTION KUALA LUMPUR, ingin merakamkan setinggi tinggi penghargaan buat saudara RIZAL HASHIM. Diharapkan dengan pemilihan ini, saudara akan mengorak langkah dengan lebih jaoh lagi didalam bidang penulisan saudara terutamanya di dalam menaikkan imej bolasepak negara.
Pengerusi

APMM VS CCSJI87

APMM VS CCSJI87
Third Warm Up Match......