Tuesday, August 28, 2007

Penghargaan terhadap komentar penulis sukan Malay Mail saudara Rizal Hashim

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas kenyataan dan kritikan membina dari pemberita kita yang tersayang, yang saya rasa perlu kita ambil kira demi maruah dan masa depan pasukan bola sepak Komuniti SJI87. Setelah melalui dua perlawanan ujian sebelum ini maka saya merasakan bahawa perlawanan dengan APMM adalah perlawanan yang paling getir yang perlu dilihat dari pelbagai perspektif. Komen saudara saudara forumers telah saya baca sekali imbas (curi curi lepak kat cc ni tgh kerja) dan saya bersependapat dengan komen tuan tuan sekelian. Dari analisa dan Post Mortem saya sendiri terdapat beberapa perkara perlu kita laksanakan demi mempertingkatkan lagi tahap dan kredibiliti pasukan bolasepak komuniti SJI87

1. Disiplin

Disiplin memainkan peranan yang paling penting sebagai asas keteguhan dan kekuatan sesebuah pasukan

2. Persefahaman

Perlu dititik beratkan kepada setiap pemain dan tidak melepaskan sebarang tanggungjawab hanya kepada individu atau pemain pemain tertentu dan kesemua pemain perlu mempunyai sikap esprit decorp iatu semangat berpasukan dan kerjasama yang tinggi.

3. Latihan

Perlu juga meningkatkan latihan dari masa kesemasa bergantung kepada masa serta keadaan.

4. Imej

Imej SJI87 perlu diperkemaskan lagi sebagai contoh sekiranya perlu,kita mempunyai jersey yang berkonsepkan komuniti SJI87 agar ketrampilan menjadi pendorong kepada semangat untuk bersukan.

5. Susun Atur

Penyusunan semula strategi, taktikal dan posisi yang sesuai dengan pemain.

Ini hanyalah sesuatu yang disimpulkan dari perspektif saya sendiri,walau apa pun saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada semua pemain pemain yang telah berusaha sedaya upaya mereka dan teristimewa buat pemberita kita yang begitu pro aktif untuk menaikkan imej KOMUNITI SJI87.


Sekian Wasalam
Mohamad Yassin
Pengerusi Komuniti SJI87

No comments:

APMM VS CCSJI87

APMM VS CCSJI87
Third Warm Up Match......