Thursday, August 21, 2008

Teh Tarik Session Bloggers N Non Bloggers SJI87

Satu pertemuan sulit antara bloggers n non bloggers SJI87 akan diadakan next week di sebuah lokasi di Ampang. Antara bloggers yang dijemput hadir ialah bloggers Kajang-today, bloggers SJI87 Community, Ampang-today, Keramat-today, Gombak-today dan Today and Tomorrow serta beberapa orang lagi peminat bloggers Komuniti SJI87. Bloggers Dubai-Today tidak dapat hadir kerana tiket bas ekspress dari Dubai ke Ampang telah habis disebabkan musim cuti sekolah. Tetamu terhormat adalah blogger 'Sukan Malaysia Hilang Meriam' iatu saudara Rizal Hashim yang akan menjadi penaung kepada bloggers bloggers dan peminat blog komuniti SJI87. Jadi sesiapa yang kelapangan di jemput hadir masa dan tarikh akan diberitahu melalui blog kemudian.

7 comments:

miere said...

WAH, DAH RAMAI BLOGGER HUH..!OK, NANTI AKU CUBA-CUBA BUKAK DUBAI- TOMORROW LA PULAK....MANA PERGI SEMUA TEMAN-TEMAN!!!SUNYI JE SUASANA KOMUNITISJI87!

Jack Sparrow said...

Sebenarnya kita punya ramai penulis berbakat, masa sekolah dulu nak tulis essay ke karangan ke memang punya malas nak pikir tapi masa merubah segalanya. Makin tua semakin bijak ..........(tapi aku muda lagi mier..)

rizal hashim said...

Miere, mana tak sunyi komuniti sji87, asyik berblog dan baca blog aje, sama tak de masa nak singgah sini hahahahaha

rizal hashim said...

jack sparrow, dulu tulis hanya untuk tatapan guru, sekarang hasil nukilan boleh dikongsi di alam siber. cantik misai loose cannon. loose cannon kalau diterjemahkan maksudnya meriam longgar, bila-bila boleh meletup hahaha, ataupun tembakannya tak mengenal sasaran. Jack, tolonglah, yang patut jadi penaung adalah Jack dan MZB.

Jack Sparrow said...

Wakakaka..... betul tu eerrr Dato' Rzal macam i nikan Dato' i memang suka baca blog pas tu gelak sendiri, Akcelli i suka baca cerpen, puisi dan cerita bergambar yang penuh aksi serta satu masa dulu i suka baca tulisan Dato' dalam Malay Mail. Sesekali suka membaca artikel mengenai pissikologi kerenah dan pemikiran manusia. Tapi, i rasakanlah Dato' Rzal... u begitu sesuai sebagai seorang ermm... penasihat teknikal dan secara tidak langsung menggalakkan murid murid tua sji87 kembali aktif berkarya kepada kaedah terkini iatu menaip artikel di blog. Kalau dulu mata pena atau mata pensil yang menjadi perantara ilham dan nukilan kini ianya berubah mengikut zaman tanpa had dan hari.(hadhari)Walau apun dengan sukacitanya saya menjemput Dato' Rzal tanpa keluarga ke Perhimpunan Teh Tarik Sji87 sessi August 2008 di restoran kampung pandan jalan yap kwan seng. Datang jangan tak datang. Ok Miere kita chat yahoo online sebab member kita mat kajang bawak laptop.

rizal hashim said...

eh situ ada wi-fi? unsecured network?

Jack Sparrow said...

ada bro...aku penah lepak kat situ

APMM VS CCSJI87

APMM VS CCSJI87
Third Warm Up Match......